Perut Buncit bukan Hati Senang tapi tanda penyakit mendekati

Perut Buncit bukan Hati Senang tapi tanda penyakit mendekati

Perut membuncit (bukan “buncit” kerana penyakit) biasa dialami oleh sesiapa saja, dari berbagai tingkat usia baik lelaki maupun wanita bahkan pada usia muda dan anak-anak, ianya biasa terjadi secara perlahan-lahan dan terus menerus sehingga tahu-tahu terasa bahawa perut kita sudah membesar dan menonjol meskipun belum habis makan atau minum.

Buncit pada bahagian perut memang sinonim dengan lelaki. Meskipun golongan wanita turut berhadapan dengan perkara yang sama, namun peratusan lebih terarah kepada golongan lelaki lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga. Bak kata orang, apabila sudah ada yang menjaga, perut mudah ke depan kerana hati senang.

Awas para lelaki! Mestipun Perut buncit kelihatan hati senang pada segelintir pihak, ia sebenarnya petanda awak bakal berhadapan dengan penyakit bahaya, sebab itulah VTOX selalu mengingkatkan anda tentang masalah ini, dan mengeluarkan produk hindari sembelit.

Penyebabnya:

Ketika berdiri dihadapan cermin untuk memastikan penampilan nampak kemas, tiba-tiba ternampak dan berasa pakaian yang dipakai menjadi semakin sempit dan semakin tidak selesa. Ini menunjukkan masalah perut membesar sedang menjalankan prosesnya yang disebabkan oleh cara pemakanan dan kehidupan.

Tentu akan timbul pertanyaan, apakah penyebabnya ?

Hal ini biasanya terjadi kerana otot- otot perut menjadi lemah, atau kerana banyak tertimbunnya lemak di bawah kulit perut ataupun kombinasi dari kedua-duanya, selain daripada itu masalah sembelit juga antara penyebabnya.

cara untuk mengetahuinya lemak dibawah kulit perut adalah apabila kita boleh menyepit kulit perut dengan jari dan dapat ditarik itu berarti lemak dan bukan otot, kerana kalau otot ia tidak boleh ditarik bersama kulit.

Cara mengatasi:

Lemak adalah penyebab yang menonjolkan perut, maka cara untuk mengatasinya, adalah dengan menurunkan berat badan.

Dan, jika sembelit yang mengakibatkan perut menonjol, maka cara untuk mengatasinya adalah cara pemakanan yang sihat atau pun dengan mengambil Zinnia Inner Cleanse untuk mengelakkan sembelit.

Tip pengcegahan

1.Kurangkan size hidangan 

kalau biasanya anda makan nasi menambah, kurangkan kepada sepingan sahaja, jangan anda tambah, kajian ini menunjukkan  sekiranya berjaya, berat badan akan turun.

2. Pastikan tidur yang mencukupi ( Jangan kurang atau terlebih tidur)

Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan sekali gus menyukarkannya membakar lemak. Manakala tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan membuatkan anda malas bergerak. Kedua-duanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.


3. Berhenti minum minuman bersoda (termasuk soda berlabel “Diet”)

Minum minuman soda akan menyebabkan anda gemuk dengan cepat kerana pemanis tiruan dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat.

Gantilah minuman ini dengan teh atau air lemon kosong.

4. Banyakkan senaman kardio 

Apakah senaman kardio? senaman kardio adalah senaman yang melibatkan seluruh tubuh badan dan jantung anda akan berdegup dengan laju.Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan beban, maka seterusnya lakukanlah senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak. Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan lemak buruk dihentikan.

 5. Bersenam secara bijak, bukan secara keras

Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya. Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat segar dan menawan.

6. Mengelakkan sembelit

Sembelit merupakan sebuah masalah dimana najlis kekal dalam usus buat jangka masa yang terlalu lama. Ini menyebabkan najlis tersebut menjadi kering, yang membawa kepada kesukaran membuang air besar. Sembelit boleh membawa kesan buruk kepada seluruh tubuh badan, dan ia haruslah diselesaikan dengan secepat yang mungkin.

P/S: Bagi mereka yang teringin untuk kempiskan perut yang buncit setelah pelbagai suplemen tambahan telah di cuba, tetapi tidak berhasil. Saya syorkan anda cuba produk Zinnia Inner Cleanse kerana anda tidak perlu lagi mengambil fiber yang perlu dibancuh dan rasa kurang menyelerakan, hanya makan dengan senang, tanpa perlu dibancuh.

Produk ini boleh di dapati dengan Klik Sini